Saturday, February 27, 2010
PERBANDINGAN KEDAI PAJAK GADAI ISLAM DI MALAYSIA
Kini, sistem pajak gadai islam semakin berkembang jauh meninggalkan sistem pajak gadai konvensional. Cerita-cerita berkenaan kedai pajak gadai konvensional yang cekik darah, mengikis emas dan bermacam-macam tipu daya jarang kedengaran. Terima kasih diucapkan kepada institusi kewangan yang mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini.
Rasa tidak perlu dihuraikan lagi tentang kedai pajak gadai islam. Apa yang mahu dikongsikan disini adalah perbandingan antara kedai pajak gadai islam di Malaysia.
KEDAI PAJAK GADAI AR-RAHNU BANK RAKYAT.
Bermula dari tahun 1993, bank rakyat telah memulakan operasi kedai pajak gadai islamnya dan kini dalam proses mengembangkan system pajak gadai islam melalui konsep franchais.eq ar-rahnu exchange.
Buat masa ini kedai pajak gadai bank rakyat mengambil barang kemas, wafer, syiling dan gold bar yang tidak melebihi 300 gm. Sebabnya mudah, mesin yang digunakan hanya berupaya setakat 300 gm sahaja.
Mesin yang digunakan untuk menguji berat, ketumpatan dan karat emas
Biasanya bagi barang kemas yang padu atau tumpat, terus akan ditimbang untuk mendapatkan berat, ketumpatan emas dan karat. Sekiranya barang kemas berbentuk hollow, lohong atau berongga, juga akan ditimbang untuk mengenal pasti mutu emas. Jadi jangan terkejut andai barang kemas anda ada cap 916 tetapi bila ditimbang tidak mencapai jumlah tersebut. Sebabnya mudah, memang barang kemas itu itu di cap 916 tetapi anda pastikah barang kemas itu 916. umpama sijil halal yang ditampal pada bungkusan makanan. Sama saja konsepnya.
Selepas itu, barang kemas jenis hollow tadi akan digosok di batu hitam dan kesann gosokan akan diuji dengan asid. Ini untuk mengenalpasti kadar karat emas. Jangan terkejut sekiranya anda lihat kakitangan bank rakyat mengosok dengan kuat barang kemas anda. Tidak luak pun barang kemas dan tidak membawa mudarat pun. Ini proses biasa memandangkan tidak kurang pengadai yang mengambil kesempatan untuk mengadai barang kemas palsu.
PENGIRAAN PINJAMAN KEDAI PAJAK GADAI BANK RAKYAT
Kedai pajak gadai islam bank rakyat memberi pembiayaan sehingga 65% dari nilai barang kemas dan 70% untuk pembiayaan berulang atau overlap.
JUMLAH PINJAMAN DAN UPAH SIMPAN/CHARGE
Pinjaman akan diberi berasaskan 65% dari nilai barang kemas dan 70% untuk gadaian berulang.
CHARGE ATAU UPAH SIMPAN
RM 0.65 sen ke atas nilai emas dibawah RM 1000.
Contohnya cincin 4grm emas 916. harga emas harian RM 100.00 se grm.
Jadi nilai emas bersamaan 4grm*RM 100.00 = RM 400.00.
Jadi duit tunai yang customer dapat adalah 65% dari RM 400 iaitu RM 260.00.
Upah simpan atau lebih dikenali di kedai pajak gadai cina dipanggil panggil bunga atau interest adalah RM 400.00*RM.065 bersamaan RM 2.60 sen sebulan. Murah dan berpatutan kan !
TEMPOH PAJAKAN
Setiap pajakan selama 6 bulan, pelanggan dikehendaki membayar upah simpan RM 2.60 setiap bulan atau sekaligus pada tempoh matang iaitu 6 bulan dari tarikh gadaian. RM 2.60* 6 bulan = RM15.60. pembaharuan surat gadaian akan mengambil tempat selagi mana penggadai membayar upah simpan jadi penggadai mempunyai masa yang secukupnya untuk menebus kembali.
BAYARAN
Bayaran upah simpan adalah secara bulanan atau sekaligus sewaktu tempoh matang. Sekiranya bayar upah selama 6 bulan, akaun akan automatic renew selama 6 bulan lagi jika tak mampu nak tebus lagi. Itula bayar la secara ansuran bulanan takdela teruk sangat nak tebus nanti.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Barang kemas, kad pengenalan, surat beli emas untuk bukan jenis barang kemas sahaja.
KESELAMATAN
SURAT GADAI
Transparent, barang disealkan dihadapan pelanggan dan Diinsuranskan. Jangan risau pasal barang kena songlap atau hilang sebab dekat surat gadaian dah ada semua butir2 dan jenis barang kemas anda. Jadi keselamatan barangan gadaian adalah terjamin.
SIAPA YANG LAYAK UNTUK MENGADAI DI BANK RAKYAT.
Sesiapa sahaja yang berada di Malaysia kecuali pendatang tanpa izin, pelancong, waras yakni tidak gila dan berumur 18 tahun dan ke atas
KEDAI PAJAK GADAI YAPEIM
Pinjaman di berikan 65% atas nilai barang kemas. Sama seperti gadaian kali pertama di kedai pajak gadai ar-rahnu bank rakyat.
UPAH SIMPAN ATAU CHARGE YANG DIKENAKAN
Pinjaman Upah
<> 2000 RM0.75
Contoh nilai barang kemas RM 500.00, jadi upah simpan sebulan adah RM 2.50 bersamaan RM 15.00 selama 6 bulan.
TEMPOH GADAIAN
Berasaskan konsep 6 + 2 + 2
6 bulan tempoh gadaian asas dan penambahan 2 bulan dan extra lagi 2 bulan.
KEDAI PAJAK GADAI KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Terima kasih ke atas keperihatinan kerajaan negeri Kelantan keran mengambil inisiatif di peringkat negeri untuk menjaga kepentingan umat islam dari terus dibelenggu sistem pajak gadai konvensional.
Kadar pinjaman yang diberikan 65% - 70% dari nilai barang kemas
Upah simpan diantara RM 0.60 – RM 0.95
Tempoh gadaian 9 hingga 12 bulan
KEDAI PAJAK GADAI ISLAM AGRO BANK
Kadar pinjaman yang diberikan 60% - 70% dari nilai barang kemas
Upah simpan diantara RM 0.60 – RM 0.70
Tempoh gadaian BERASASKAN 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan
Kesimpulan, walaupun kadar yang dikenakan adalah berbeza-beza namun ia masih tidak melebihi kedai pajak gadai konvensional. dan yang paling utama KETELUSAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
facebook,com
ReplyDelete